Ya, kekuatan itu dari ALLAH…
Bagaimana untuk menilai indahnya erti sebuah kehidupan? Adakah pada nilaian kehebatan kita di mata manusia? Atau pada kekuatan kita dalam menempuh erti sebuah perjalanan yang panjang lagi berliku demi mengharap redha Allah s.w.t. agar nilaian amalan kita di mata Allah iaitu sebagai hamba yg dirahmati dan diredhai olehNya. Cinta Allah itu tingkat paling utama. Bukan nilaian manusia yg kita impikan. Hiduplah sebagai seorang hamba yg punyai matlamat untuk menjadi ‘Warga Akhirat’, yang punya hati dan jiwa yg tenang. Agar kita kelak dikembalikan dalam keadaan yang sempurna seperti asal kejadian sejak dilahirkan; suci dari dosa-dosa jahiliyah dan semoga kita mendapat rahmat dan keampunan dari Allah. Kesusahan dan kepayahan hidup itu adalah lumrah kehidupan juga sunnatullah. Kerana setiap manusia tidak akan terlepas daripada ujian dan masalah hidup. Oleh itu, kita perlu menjadi hamb