Posts

Showing posts from December, 2018

TERIMA KASIH WAHAI ALLAH.

Image
Wahai Allah, Bila mana aku mohon syurga, Pasti Engkau kirimkan ujian buatku. Wahai Allah, Bila mana aku mohon taqwa, Engkau kirimkan musibah buatku. Wahai Allah, Tatkala aku mohon taqdir yang terbaik untukku, Engkau kirimkan padaku ujian, Wahai Allah, Setiap kali aku mohon Engkau berikan kebaikan untukku dan menjauhkan keburukan, Engkau berikan ujian yang berat untuk aku tempuhi. Wahai Allah, Hidup ini keseluruhnya sememangnya tidak aku ketahui, Sungguh, Engkau lah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu. Terima kasih wahai Allah, Walau semua ini terasa berat, sukar, pedih untukku, Itu semua kerana kotornya hatiku yang sering melupakanMu, Aku sedar bahawa Engkau lebih sayangkan diriku, Engkau inginkan yang terbaik untukku, Engkau ingin kirimkan kebaikan buatku di dunia & di akhirat. Terima kasih wahai Allah, Dengan rahmat dan kasih sayangMu, Dari ujianMu ini kini, Aku belajar redha, Aku belajar ikhlas, Aku belajar sabar, Dan dengan ujian