Posts

Ya, kekuatan itu dari ALLAH…

Image
Bagaimana untuk menilai indahnya erti sebuah kehidupan? Adakah pada nilaian kehebatan kita di mata manusia? Atau pada kekuatan kita dalam menempuh erti sebuah perjalanan yang panjang lagi berliku demi mengharap redha Allah s.w.t. agar nilaian amalan kita di mata Allah iaitu sebagai hamba yg dirahmati dan diredhai olehNya. Cinta Allah itu tingkat paling utama.                    Bukan nilaian manusia yg kita impikan. Hiduplah sebagai seorang hamba yg punyai matlamat untuk menjadi ‘Warga Akhirat’, yang punya hati dan jiwa yg tenang. Agar kita kelak dikembalikan dalam keadaan yang sempurna seperti asal kejadian sejak dilahirkan; suci dari dosa-dosa jahiliyah dan semoga kita mendapat rahmat dan keampunan dari Allah.             Kesusahan dan kepayahan hidup itu adalah lumrah kehidupan juga sunnatullah. Kerana setiap manusi...

MasyaAllah..hebatnya!!

Image
Sabda Nabi s.a.w "Yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir dengannya akan bersama-sama dengan para malaikat. Yang membaca al-Quran dan tergagap-gagap dan al-Quran amat payah ke atasnya maka baginya DUA PAHALA" -Riwa yat al-Bukhari- .:|Bagi yang enggan membaca al-Quran kerana takut salah sebutan dan tajwid, jangan takut..|:. ✿ Maksud mendapat dua kali pahala, iaitu (1) pahala membaca dan (2) pahala susah payah menghafalnya.. ✿ Baca al-Quran tanpa faham maksud apa faedahnya ?? ✿ Mari hayati kisah di bawah, Suatu pagi di hujung minggu, seorang budak bernama Mikail terdengar atuknya membaca Al-Quran. Sebaik sahaja atuknya selesai mengaji, dia terus menerpa ke atuknya lalu bertanya, “Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?”. Dengan tenang atunya menjawab, “Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?” Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia memberitahu bahawa beruntunglah a...

Jaga IMAN, jaga DIRI, jaga HATI :)

Image
.:subhanallah walhamdulillah walailahaillah allahuakbar:. "Sesungguhnya UJIAN itu mematangkan kita, jadi bersabarlah ^^, " Bismillahirahmanirrahim… Ya Allah,,andai ini ujian yang Engkau berikan kepadaku, aku redha….. tetapi izinkanlah aku untuk berada dekat denganMU agar terasa tenang di hati ini untuk terus tabah atas segala ujian ini. Ya Allah,,ampunilah aku atas segala kegagalanku untuk terus tabah dalam menghadapi ujian yang Engkau berikan padaku.. Ya Allah,,wahai Tuhanku,,Tuhan yang menciptakan ku, Tuhan yang mengizinkanku untuk berada di muka bumi milikMU, andai ini ujian untukku, ,aku memohon agar Engkau ampunkan dosaku atas segala dosa-dosa yang telah ku lakukan. Ya Allah,,wahai Tuhan yang membolak-balikkan hatiku, pemelihara hatiku,,,jagalah hatiku agar ia tidak lalai daripada menginagtiMU walau pelbagai ujian yang Engkau berikan, Peliharalah hatiku agar ia tidak pernah mencintai hambaMU lebih dari cinta kepadaMU,Ya Allah. Ya Allah,, sesungguhnya aku tida...

BERSEGERALAH kamu...

Image
"Segerakanlah tunaikan solat apabila saudara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara.." -wasiat pertama Imam Syahid Hassan al-Banna- Kedudukan solat amat tinggi jika dibandingkan dengan ibadah2 lain,krn trdpt byk2 nas-nas Al-Quran yg memerintahkan kita supaya solat ditunaikan dan dijaga sesempurnanya; iaitu cukup syarat,rukun,sunat-sunat,khusyu', dan melakukannya dgn tetap. Seperti dlm firman Allah: "Peliharalah semua solat(mu) dan (peliharalah) solat, wustha. Berdirilah utk Allah (dlm solatmu) dgn khusyu'." (2:238) Rasulullah s.a.w. sendiri telah menunaikan solat dlm bentuk yg paling sempurna dan memerintahkan supaya solatnya itu dicontohi. Baginda bersabda: صلوا كما رأيتموني أصلي "Solatlah sepertimana kamu melihat aku menunaikan solat." Pernah...

Al- fatihah...

Image
solat itu akan lbih khusyuk jika faham makna =) Dengan menyebut namaMu Ya Allah, Yang Maha Pengasih Penyayang, segala puji bgMu Ya Allah, Pemelihara seluruh alam maya, Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang, Yang menguasai Hari Pembalasan, Hanyalah kepada Mu kami menyembah, Dan pada Mu kami mohon pertolongan, Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat, Bukan jalan mereka yang Kau murkai, Dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Ramadhan dua zaman

Image
Artis: Nazrey (Raihan) & In-Team / The Zikr Lagu/Lirik: Ramadan Dua Zaman Ramadan Satu nasib tak serupa Peluangnya sama, natijah berbeza Ramadhan mereka Gemilang cemerlang, mukmin berjasa Di awal zaman Ramadhan kami, malam terbuang Muslim berdosa di akhir zaman Mereka gembira kerana kedatanganmu Kami gembira dengan pemergiannmu Malam mereka meriah disimbah Nur Al-Quran Tapi malam kami pulang bertemu dangdut Mereka berlumba mengejar ruang-ruang Tapi kami, lesu diburu nafsu Hati mereka,bercahaya digilap taqwa Jiwa kami gelap didera dosa Takbir mereka, takbir kemenangan hadiah mujahadah..sebulan Ramadan Takbir kami, lesu tak bermaya adakala lemah tak berdaya Puasa sekadar lapar dan dahaga klik di sini utk mendengar..=)

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

Image
Bangunlah segera untuk melakukan sholat apabila mendengar adzan walau bagaimanapun keadaannya. Baca, tela'ah, dan dengarkan Al-Qur’an atau dzikirlah kepada Allah; dan janganlah engkau menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tidak ada manfaatnya. Bersungguh-sungguhlah untuk bisa berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih. Jangan memperbanyak perdebatan, sebab hal itu tidak akan mendatangkan kebaikan. Jangan banyak tertawa, sebab hati yang tenang dan tentram adalah yang selalu berkomunikasi dengan Allah (dzikir). Jangan bergurau karena umat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh dan terus-menerus. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, karena hal ini akan mengganggu dan menyakiti orang yag mendengarkan. Jauhilah dari membicarakan kejelekan orang lain atau melukainya dalam bentuk apapun, dan jangan berbicara kecuali yang baik. Berta’aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah ki...