BERSEGERALAH kamu...


"Segerakanlah tunaikan solat apabila saudara mendengar azan, walau bagaimanapun keadaan saudara.." -wasiat pertama Imam Syahid Hassan al-Banna-

Kedudukan solat amat tinggi jika dibandingkan dengan ibadah2 lain,krn trdpt byk2 nas-nas Al-Quran yg memerintahkan kita supaya solat ditunaikan dan dijaga sesempurnanya; iaitu cukup syarat,rukun,sunat-sunat,khusyu', dan melakukannya dgn tetap.

Seperti dlm firman Allah:
"Peliharalah semua solat(mu) dan (peliharalah) solat, wustha. Berdirilah utk Allah (dlm solatmu) dgn khusyu'." (2:238)

Rasulullah s.a.w. sendiri telah menunaikan solat dlm bentuk yg paling sempurna dan memerintahkan supaya solatnya itu dicontohi. Baginda bersabda:

صلوا كما رأيتموني أصلي

"Solatlah sepertimana kamu melihat aku menunaikan solat."

Pernah suatu ketika, baginda melihat seorang lelaki menunaikan solat dengan cepat, baginda bersabda kpd lelaki berkenaan:

"Solatlah (sekali) lagi, sesungguhnya engkau belum solat."

Baginda terus memerintahkan lelaki berkenaan mengulangi solatnya hinggalah baginda menjelaskan kpd lelaki tersebut bagaimana solat itu seharusnya dilakukan; iaitu dgn memberikan hak-hak solat dgn berdiri betul setelah bangun dari rukuk, meluruskan belakang ketika rukuk, tama'minah sewaktu rukuk sekadar beliau membaca 'subhana rabbi al-adzim' 3 kali, kemudian tama'minah sewaktu sujud sekadar beliau membaca 'subhana rabii al-a'laa' 3 kali, duduk lurus dan tama'minah antara 2 sujud.


Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa solat merupakan fardu yang pertama diwajibkan dan fardu yang terakhir sekali pupus. Anas bin Malik r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Ajaran Islam yang pertama difardukan Allah ke ats manusia ialah solat dan ibadah yang akhir sekali kekal ialah solat dan ibadah pertama yang akn dihisab ialah solat."

Jadi, solat bukanlah suatu perkara yg boleh dipandang remeh krn ia merupakan amalan pertama yg akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak. Allah juga menjanjikan sesuatu yg buruk kpd mereka yg meringan-ringan solat mereka.


BALASAN KEPADA MEREKA YG MERINGAN-RINGANKAN SOLAT

Firman Allah:
"Maka kecelakaanlah bg orang-orang yg solat (iaitu) orang-orang yg LALAI dari solatnya." (107:4-5)

Yakni org2 yg tidak mengambil berat tentang solat mereka, iaitu mereka tidak melakukannya dalam waktunya dan tidak bersungguh-sungguh utk melakukannya. Dan kebanyakan ahli tafsir berpendapat bahawa lalai dari menunaikan solat adalah sifat org2 munafik, yg mana Rasulullah s.a.w. telah menceritakan keadaan mereka dlm sabdanya:

"Apabila seorang munafik itu solat, ia akan solat kerana riak, beliau tidak merasa kesal jika tidak dapat melakukannya(solat)."

Firman Allah:
"Sesungguhnya org2 munafik itu menipu Allah dan Allah akn membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri utk bersolat, mereka berdiri dgn malas. Mereka bermaksud riak (dgn solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali." (4:142)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
"Seseorang yg meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian mengqada'kan solat itu,maka dia akan diseksa dlm neraka selamasatu 'huqub'. Satu 'huqub' adalah sama dengan 80 tahun. Satu tahun =360 hari dan satu hari (di akhirat) =1000 tahun (di dunia).

Jadi, bagi Muslim yg hakiki tidak ada jalan lain melainkan bertindak segera melakukan solat dgn penuh keimanan dan cergas. Ini kerana amalan yg paling afdal ialah melakukan solat dalam waktunya.

Abdullah bin Mas'ud berkata : "Saya bertanya kpd Rasulullah s.a.w., amalan apakah yg paling disukai Allah?"
Rasulullah menjawab : "Solat dalam waktunya." hadis Muttafaq.

Comments

Popular posts from this blog

TERIMA KASIH WAHAI ALLAH.

Sehidup sesyurga

Belahan Jiwa