Belahan Jiwa

Alhamdulillah thumma alhamdulillah..
وَمِنْ ءَايَـٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَـٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ ٢١
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Kasih, engkau hadir di saat yang tidak terduga. Masa seolah-olah pantas berlalu, tanpa kusedari hidupku kini lebih ceria dari sebelumnya. Terima kasih Allah, engkau telah kirimkan satu sosok yang lebih dari yang kuharapkan. Sungguh begitu indah jika dikenang kembali doa-doa yang terlalu sering ku panjatkan kepadaMu, Tuhan yang Maha Satu, pemilik jiwa-jiwa. Sungguh aku terkedu dan amat bersyukur di atas limpahan rezeki kurniaanMu untuk hamba yang hina dan sering melakukan kesalahan ini.
Kasih, betapa kagumnya diri ini disaat pertama kali engkau menyampaikan hasrat yang terbuku dihatimu. Keberanian, kesungguhan, keikhlasan yang terlihat dari dirimu berjaya memukau diri ini dengan akhlak dan ketinggian budimu. Terima kasih Allah, dengan izinMu dan redhaMu bimbinglah hati-hati kami agar tetap teguh dijalanMu yang masih panjang. Terima kasih Allah, telah menghadirkan belahan jiwa, pemimpin, kekasih, cinta hati, teman, sahabat, syurga buatku.
Wahai Allah, hamba yang kerdil lagi hina ini mengharapkan sepenuhnya pertolonganMu, limpahan kasih sayangMu, rasa cinta di antara kami ini moga ia nya mendekatkan kami kepadaMu, kepadaMu lah kami panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran, dan kepadaMu jua kami memohon engkau hadirkan taqwa dalam diri kami. Jadikan kami termasuk dalam kalangan hamba-hamba yang engkau redha dan masukkan kami ke dalam syurgaMu kelak. Aminn. Satukanlah hati kami, hati-hati kedua-dua ibu dan ayah kami, ahli keluarga kami, saudara-mara kami, jiran-jiran kami, sahabat-sahabat kami dan berkatilah perhubungan kami, rezeki, amalan dan hidup kami hanya untukMu. Limpahkan ketenangan dan rahmat dalam jiwa kami dalam melayari hari-hari yang mendatang. Aminn.
Terima kasih ya Allah. <3

Comments

Popular posts from this blog

TERIMA KASIH WAHAI ALLAH.

Sehidup sesyurga