Posts

Aku mahu kau juga rasa yang sama...

Image
Bismillah thumma alhamdulillah.. Syukur, syukur, syukur.. Hanya itu yg mampu diluahkan selepas menghadiri Conference Riang sebentar tadi. Walau pada mulanya, agk sukar utk merelakan kaki dan jiwa utk menghadirinya, dan Allah inshaAllah mmg hendak memilih aku lagi utk kali ini. Bagiku, setiap hari Ahad sudah dirasakan hari yg paling bahagia buat jiwa ini selain jumaat iaitu penghulu segala hari, kerana seringkali hati ini dibasahi sentuhan-sentuhan dan perasaan indah yg bisa menyentuh lembut ke dalam hati. Dear Allah, Terima kasih kerana memberi aku peluang utk merasai nikmat ini. Merasai indahnya erti ukhuwwah Islam dan dapat merasai berada dalam sebuah perjalanan panjang menuju redhaMu. Walau hati berbelah bagi,, sama ada utk memperbaiki diri menghampiri Allah (meghadiri conference riang) atau mengejar kejayaan dunia semata (study utk midsem). Alhamdulillah, Allah beratkan hati utk aku mendahulukan jalan ini.  Teringat aku pada sepotong ayat ini: Allah berf...

Ibrah dari setiap ujian hidupmu..

Image
In the name of the MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL~~ "Ajari jiwa utk terbang tinggi, agar segala yg berada di dunia kelihatan kecil, lalu kita sentiasa bermimpi-mimpi tentang kehidupan abadi." -my favourite quote- Dewasa kini Allah uji kita dengan pelbagai cara, tentang apa yg engkau azamkan, Apa yg engkau ucapkan, Apa yg engkau janjikan, Juga apa-apa sahaja yg engkau lakukan, Haruslah diingat bahawa Ujian itu mmg Allah tujukan khas utk kita. Ya, utk kita.  Utk kebaikan diri kita, Utk kekuatan iman kita, Utk mematangkan kita, Utk mengajar kita erti hidup di dunia sebelum menuju kehidupan yg lebih abadi, Oleh itu.. Ketahuilah bahawa Engkau perlu terus bertahan, Engkau perlu terus bersabar, Engkau perlu kuatkan kaki melangkah, Engkau perlu tabahkan jiwa menempuh segala ujian Allah itu kepadamu... dan janganlah sesekali engkau berputus asa dari rahmat Tuhanmu, jgn pernah sesekali merasa lemah, jgn pernah sesekali...

Doa malaikat kepada golongan manusia

Image
Bismillahirrahmanirahim..  Tahukah anda? Siapakah golongan manusia yg didoakan malaikat?  Jom kita refresh minda! 1- Orang yang menanti waktu solat dalam keadaan berwudhuk ~ mereka adalah orang yang sangat2 menjaga solatnya. Mereka akan sentiasa memastikan setiap waktu solat, mereka akan berada di saf yang paling hadapan, menyegerakan solat di awal waktu, on time/ in time untuk solat berjemaah. 2- Orang yang menziarahi orang sakit ~ Nabi bersabda: "Sesiapa yang pergi menziarahi orang sakit, Allah akan mengutuskan 70 ribu malaikat mengelilinginya, mendoakan kesejahteraannya, memberi rahmat dan keampunan untuknya." 3- Orang yang duduk sebentar ditempat solat setelah selesai solat ~Seperti mana yang kita sedia maklum, doa selepas solat fardhu adalah antara waktu mustajab doa. 4- Orang yang mendoakan saudara-mara/sahabat tanpa pengetahuan saudara-mara/sahabat mereka. ~Para malaikat akan mengaminkan doa kita dan mendoakan kembali kpd kita sama seperti mana kita men...

Hasbunallah wa nikmal wakil, nikmal maula, wa nikman nasir..

Image
Bismillahirrahmanirahim.. Hasbunallah wa nikmal wakil, nikmal maula, wa nikman nasir.. "Cukuplah Allah sebagai penolong, dan sebaik-baik pelindung.." Ya Allah, kuatkan aku untuk menempuh kehidupan dunia ini, walau bukan setiap detik hati ini ku sandarkan dalam mengingatiMu..namun sering juga ku memohon ampun dariMu wahai Tuhanku atas ketidakmampuan aku itu. Semoga hati ini akn terus berada dalam pemeliharaanMu. Sentiasa. InshaAllah. Akan ku cuba sandarkan jiwa ku hanya pada Allah semata. Sehingga suatu saat bisa ku rasakan beban itu hilang dan sentiasa merasa tenang saat diri diuji. Sepenuh hati ku serahkan kepada Allah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pelindung bagi diriku. Hayati lagu ini dan semoga bermanfaat. :)

Ya, kekuatan itu dari ALLAH…

Image
Bagaimana untuk menilai indahnya erti sebuah kehidupan? Adakah pada nilaian kehebatan kita di mata manusia? Atau pada kekuatan kita dalam menempuh erti sebuah perjalanan yang panjang lagi berliku demi mengharap redha Allah s.w.t. agar nilaian amalan kita di mata Allah iaitu sebagai hamba yg dirahmati dan diredhai olehNya. Cinta Allah itu tingkat paling utama.                    Bukan nilaian manusia yg kita impikan. Hiduplah sebagai seorang hamba yg punyai matlamat untuk menjadi ‘Warga Akhirat’, yang punya hati dan jiwa yg tenang. Agar kita kelak dikembalikan dalam keadaan yang sempurna seperti asal kejadian sejak dilahirkan; suci dari dosa-dosa jahiliyah dan semoga kita mendapat rahmat dan keampunan dari Allah.             Kesusahan dan kepayahan hidup itu adalah lumrah kehidupan juga sunnatullah. Kerana setiap manusi...

MasyaAllah..hebatnya!!

Image
Sabda Nabi s.a.w "Yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir dengannya akan bersama-sama dengan para malaikat. Yang membaca al-Quran dan tergagap-gagap dan al-Quran amat payah ke atasnya maka baginya DUA PAHALA" -Riwa yat al-Bukhari- .:|Bagi yang enggan membaca al-Quran kerana takut salah sebutan dan tajwid, jangan takut..|:. ✿ Maksud mendapat dua kali pahala, iaitu (1) pahala membaca dan (2) pahala susah payah menghafalnya.. ✿ Baca al-Quran tanpa faham maksud apa faedahnya ?? ✿ Mari hayati kisah di bawah, Suatu pagi di hujung minggu, seorang budak bernama Mikail terdengar atuknya membaca Al-Quran. Sebaik sahaja atuknya selesai mengaji, dia terus menerpa ke atuknya lalu bertanya, “Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?”. Dengan tenang atunya menjawab, “Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?” Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia memberitahu bahawa beruntunglah a...

Jaga IMAN, jaga DIRI, jaga HATI :)

Image
.:subhanallah walhamdulillah walailahaillah allahuakbar:. "Sesungguhnya UJIAN itu mematangkan kita, jadi bersabarlah ^^, " Bismillahirahmanirrahim… Ya Allah,,andai ini ujian yang Engkau berikan kepadaku, aku redha….. tetapi izinkanlah aku untuk berada dekat denganMU agar terasa tenang di hati ini untuk terus tabah atas segala ujian ini. Ya Allah,,ampunilah aku atas segala kegagalanku untuk terus tabah dalam menghadapi ujian yang Engkau berikan padaku.. Ya Allah,,wahai Tuhanku,,Tuhan yang menciptakan ku, Tuhan yang mengizinkanku untuk berada di muka bumi milikMU, andai ini ujian untukku, ,aku memohon agar Engkau ampunkan dosaku atas segala dosa-dosa yang telah ku lakukan. Ya Allah,,wahai Tuhan yang membolak-balikkan hatiku, pemelihara hatiku,,,jagalah hatiku agar ia tidak lalai daripada menginagtiMU walau pelbagai ujian yang Engkau berikan, Peliharalah hatiku agar ia tidak pernah mencintai hambaMU lebih dari cinta kepadaMU,Ya Allah. Ya Allah,, sesungguhnya aku tida...