Ibrah dari setiap ujian hidupmu..

In the name of the MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL~~

"Ajari jiwa utk terbang tinggi,
agar segala yg berada di dunia kelihatan kecil,
lalu kita sentiasa bermimpi-mimpi tentang kehidupan abadi."

-my favourite quote-



Dewasa kini Allah uji kita dengan pelbagai cara,
tentang apa yg engkau azamkan,
Apa yg engkau ucapkan,
Apa yg engkau janjikan,
Juga apa-apa sahaja yg engkau lakukan,

Haruslah diingat bahawa
Ujian itu mmg Allah tujukan khas utk kita. Ya, utk kita. 
Utk kebaikan diri kita,
Utk kekuatan iman kita,
Utk mematangkan kita,
Utk mengajar kita erti hidup di dunia sebelum menuju kehidupan yg lebih abadi,

Oleh itu..

Ketahuilah bahawa
Engkau perlu terus bertahan,
Engkau perlu terus bersabar,
Engkau perlu kuatkan kaki melangkah,
Engkau perlu tabahkan jiwa menempuh
segala ujian Allah itu kepadamu...

dan janganlah sesekali engkau berputus asa dari rahmat Tuhanmu,
jgn pernah sesekali merasa lemah,
jgn pernah sesekali mengaku kalah,
jgn pernah sesekali kecewa dgn janji Tuhanmu,
jgn pernah sesekali menyalahkan takdir Tuhanmu,

Hanya letakkan sepenuh keyakinanmu pada Allah,
kerana Allah Maha Mengetahui,
Dia mengetahui segala yg engkau pendamkan,
segala yg engkau gusarkan,
juga segala apa yg engkau rahsiakan.

Sesungguhnya Allah lebih tahu bahawa engkau lemah, 
Allah lebih tahu bahawa engkau takkan pernah mampu melakukan sesuatu melainkan dgn izin-Nya,
Allah lebih tahu segala perihal dirimu kerana Dia jugalah yg menciptakan engkau,

oleh kerana itu,

Sentiasalah yakin pd Allah, yakin pd janjiNya, yakin dengan sepenuh hatimu bahawa Allah sentiasa ada utk membantumu walau sesukar manapun urusanmu di dunia ini. 
Allah itu sentiasa ada utk membantumu kerana Dia tahu sejauh mana kemampuan dirimu utk menghadapi sesuatu ujian itu.

"Wahai Allah, jangan pernah engkau tinggalkanku keseorangan dikala diri ini masih belum kuat memahami erti hidup. Jangan pula engkau biarkanku jauh dariMu sehinggaku sering lalai mengingatiMu, seringkali berkira-kira utk melakukan amal kebajikan juga seringkali leka dengan keseronokan dunia ini. Oleh itu wahai Allah, kuatkanlah aku utk terus tetap di jalan ini, jalan yg engkau redhai. Amin."

"Apakah manusia mengira bahawa meraka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,
'Kami telah beriman,' dan meraka tidak diuji?" [Al-Ankabut: 2]

"Dan sungguh, Kami benar-benar menguji kamu sehingga kami mengetahui orang-orang yg benar-benar bejihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu. " [Muhammad : 31]

"Allah hendak memberikan keringan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." [An-Nisa' : 28]


"Kerana Allah mencintaimu, maka Dia mengujimu supaya engkau lebih dewasa. :)"









Comments

Popular posts from this blog

TERIMA KASIH WAHAI ALLAH.

Sehidup sesyurga

Belahan Jiwa