Doa malaikat kepada golongan manusia

Bismillahirrahmanirahim.. 



Tahukah anda? Siapakah golongan manusia yg didoakan malaikat? 

Jom kita refresh minda!

1- Orang yang menanti waktu solat dalam keadaan berwudhuk
~ mereka adalah orang yang sangat2 menjaga solatnya. Mereka akan sentiasa memastikan setiap waktu solat, mereka akan berada di saf yang paling hadapan, menyegerakan solat di awal waktu, on time/ in time untuk solat berjemaah.

2- Orang yang menziarahi orang sakit
~ Nabi bersabda: "Sesiapa yang pergi menziarahi orang sakit, Allah akan mengutuskan 70 ribu malaikat mengelilinginya, mendoakan kesejahteraannya, memberi rahmat dan keampunan untuknya."

3- Orang yang duduk sebentar ditempat solat setelah selesai solat
~Seperti mana yang kita sedia maklum, doa selepas solat fardhu adalah antara waktu mustajab doa.

4- Orang yang mendoakan saudara-mara/sahabat tanpa pengetahuan saudara-mara/sahabat mereka.
~Para malaikat akan mengaminkan doa kita dan mendoakan kembali kpd kita sama seperti mana kita mendoakan sahabat ataupun saudara- mara kita.

5- Orang yang berwudhuk sebelum tidur
~ "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan berwudhuk, Allah akan mengutuskan malaikat datang ke ubun-ubunnya khusus untuk mendoakan kita yang sedang tidur." MasyaAllah. :')

6- Golongan yang berada di dalam majlis ilmu atau majlis zikir.


Namun, ada juga golongan yang mendapat doa yang tidak baik dari malaikat. Golongan tersebut ialah:-

# Orang yang kedekut dan bakhil

# Orang yang derhaka pada kedua orang tuanya dan tidak berbakti kepada mereka selama mereka hidup

# Orang yang tidak berpuasa di bulan ramadhan lalu mati dalam keadaan tidak berpuasa

# Orang yang tidak berselawat kepada baginda Rasulullah ketika disebutkan namanya

# Isteri yang mengingkari suami dan tidak menunaikan kewajipan terhadap suami

Na'uzubillahiminzalik. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mendapat doa yang tidak baik dari malaikat.

Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal dgn ikhlas.
Semoga entri ini bermanfaat dan mendapat redha Allah. InshaAllah. :)

Comments

Popular posts from this blog

TERIMA KASIH WAHAI ALLAH.

Sehidup sesyurga

Belahan Jiwa